Sunday 22 February 2009

AdAb DeNgAn SuAmi...


Kehadiran suami di rumah merupakan rahmat kepada setiap isteri begitu juga sebaliknya. Hanya isteri- isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kehadiran suami suatu yang dibenci kerana dibebani pelbagai kerja dan tanggunggjawab yang membebankan. Di damping itu, isteri tidak boleh menganggap bahawa tugas sebagai seorang isteri adalah tugas sambilan yang boleh dibuat secara lewa bahkan hendaklah dilakukan sedaya upaya kerana ini merupakan pengikat hubungan suami isteri, kemesraan dan kemanisan cinta serta kasih sayang akan terus mengharum sepanjang masa.

Telah digariskan beberapa panduan atau adab-adab ketika seorang isteri berhadapan dengan suami yang tercinta di antaranya ialah:

1.Ketika suami bercakap, hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.

2.Bila suami marah, hendaklah mendiamkan diri, janganlah sesekali menjawab kerana akan berlaku pertelingkahan, bertekak dan menegakkan benang basah akan menambahkan lagi kemarahan suami, bahkan bersegeralah meminta maaf dan janganlah tunggu suami meminta maaf kepada kita.

3.Kekadang suami sengaja mengusik isterinya. Apabila dia menyakiti hati kita hendaklah banyakkan bersabar dan jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang tidak matang dan berperangai keanak-anakan.

4.Bila kuku, misai dan janggut panjang hendaklah segera dikemaskinikan. Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari Isnin, Khamis dan Jumaat, begitu juga rambutnya.

5.Jika dia berhajatkan sesuatu, hendaklah cepat bertindak dan janganlah melengah-lengahkan kerana akan menimbulkan kemarahan bahkan menyinggung perasaannya. Contoh jika dia meminta melilitkan serbannya janganlah buat acuh tidak acuh seolah-olah kita tidak menghormatinya.

6.Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukan mengikut selera kita.

7.Sentiasalah berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah untuk menyenangkan hatinya.

8.Air minuman suami hendaklah sentiasa disediakan. Jangan sampai suami meminta biarpun sekadar air kosong.

9.Hendaklah sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami dengan bersikap ramah tamah, menjadi contoh dan ikutan yang baik ketika bersama mereka.

Oleh itu, wajiblah para isteri menjaga adab-adab ketika berhadapan dengan suami. Jadilah isteri penenang dan penyeri rumah tangga. Wallahu'alam.

3 comments:

Suzi said...

salam hannan...moga jadi panduan buat kita semua.
#3 tu kena betul dgn akak sbb akak ni senang sgt merajuk...dgn hubby je lak tu...hihihi...

HANISAH said...

herm..insyaAllah peringatan buat kite yg bergelar isteri...ala kak kdg2 saya pon merajuk gaknak2 lagi bile dtg yg ehem2 tu..mule le hati tu senditip...tapi xpe kite sama2 cube key..insyaAllah fabiiznillah

Diarihatiku1976 said...

sesamalah kita mengambil iktibar dengan apa yg berlaku... panduan yang kita dapat insyaallah akan kita buat sebaik yg mungkin..