Tuesday 24 February 2009

NoTa BuAt GaDiS...




Duhai gadis! Dengarlah keagungan kalimah Al-Quran. Redhalah ajaran Muhammad saw menyusup masuk ke kalbu hatimu. Keindahannya tersembunyi dalam fikiranmu, akan menambah seri pada wajahmu. Umpama bunga mawar yang indah mekar. Meninggalkan pewanginya walau kelopaknya sudah layu.

Duhai gadis! Dalam usia remajamu; bila mata jejaka memandangmu dengan tajam , naluri wanitamu akan menyerlah maksud kerlingan mereka. Kawallah dirimu dengan melabuhkan jilbabmu. Hindarkan bisikan syaitan dari luar dan dalam hatimu. Mintalah perlindungan dari Tuhanmu.

Ketahuilah wahai gadis! Kamu adalah teman kepada seorang lelaki. Bukan hambanya atau orang gajinya; matlamatmu bukan sekadar memuaskan nafsunya tetapi menolongnya ketika dalam kegentingan hidup dan menghiburkannya dengan belaian kasihmu.

Duhai gadis ! Berterima kasihlah terhadap apa yang dicari untukmu dan buatlah hartanya seperti milikmu jua. Wanita yang beriman dan bertaqwa ialah mereka yang memenangi hati suaminya dan dia penyejuk matanya. Tangannya mencari pekerjaan di rumah dan tidak suka merantau dengn sia-sia di luar jalan raya. Percakapannya merdu, kata-katanya lemah lembut, jawabannya segar. Tunduk dan patuh adalah cahaya hidupnya dan rumahnya menjadi teman keselamatan dan kegembiraan.

Gembiralah lelaki yang menjadikannya isteri dan anak-anak yang memanggilnya ibu. Dia adalah permaisuri dalam pekerjaannya dan dia perintah dengan bijaksana. Dia bangun awal pada waktu pagi dan menyahut tugasnya dengan bersungguh-sungguh; kerana kebajikan keluarga adalah satu kemegahan.

Tadbiran yang sempurna menambahkan pujian suami terhadapnya dan hati suami akan dipenuhi kepuasan. Dia menyuburkan kebijaksanaan dalam fikiran anak-anaknya dan budi pekerti mereka adalah lahir dari contoh kehidupannya. Setiap patah kata-katanya menjadi arahan yang penting dan pergerakan bola matanya melahirkan taat dan kasih anak-anaknya.

GEMBIRALAH LELAKI YANG MENJADIKANNYA ISTERI DAN GEMBIRALAH ANAK-ANAK YANG MEMANGGILNYA IBU.

Oleh: AHMAD SAID BIN ARIFIN

1 comments:

Unknown said...

salamm waaa nisa nyer blog sumer berkaitan isteri jerkk..ha takl kawen ag waaa..

ni alang2 dah dtg sini meh la jemput amik kad dr ha hehe