Saturday 28 February 2009

From FaRhA ...N...To FaRhA...

Ni adiah from Pahha..




utk pahha plak..amikla note kat bwh ni sbg balasannya..maafla xdan nak wat sendiri..tgh xsihat ni...huwa...SAKIT GIGI...ni pon kuat2kan je bdn...pening kepala...muka dah bengkak sebelah nih..xpelah...sbg kafarah...alhamdulillah...tu tandanya Allah syg kite sbb tu dia bg skt...insyaAllah Allahu yushfi...Ameen






Tuesday 24 February 2009

NoTa BuAt GaDiS...




Duhai gadis! Dengarlah keagungan kalimah Al-Quran. Redhalah ajaran Muhammad saw menyusup masuk ke kalbu hatimu. Keindahannya tersembunyi dalam fikiranmu, akan menambah seri pada wajahmu. Umpama bunga mawar yang indah mekar. Meninggalkan pewanginya walau kelopaknya sudah layu.

Duhai gadis! Dalam usia remajamu; bila mata jejaka memandangmu dengan tajam , naluri wanitamu akan menyerlah maksud kerlingan mereka. Kawallah dirimu dengan melabuhkan jilbabmu. Hindarkan bisikan syaitan dari luar dan dalam hatimu. Mintalah perlindungan dari Tuhanmu.

Ketahuilah wahai gadis! Kamu adalah teman kepada seorang lelaki. Bukan hambanya atau orang gajinya; matlamatmu bukan sekadar memuaskan nafsunya tetapi menolongnya ketika dalam kegentingan hidup dan menghiburkannya dengan belaian kasihmu.

Duhai gadis ! Berterima kasihlah terhadap apa yang dicari untukmu dan buatlah hartanya seperti milikmu jua. Wanita yang beriman dan bertaqwa ialah mereka yang memenangi hati suaminya dan dia penyejuk matanya. Tangannya mencari pekerjaan di rumah dan tidak suka merantau dengn sia-sia di luar jalan raya. Percakapannya merdu, kata-katanya lemah lembut, jawabannya segar. Tunduk dan patuh adalah cahaya hidupnya dan rumahnya menjadi teman keselamatan dan kegembiraan.

Gembiralah lelaki yang menjadikannya isteri dan anak-anak yang memanggilnya ibu. Dia adalah permaisuri dalam pekerjaannya dan dia perintah dengan bijaksana. Dia bangun awal pada waktu pagi dan menyahut tugasnya dengan bersungguh-sungguh; kerana kebajikan keluarga adalah satu kemegahan.

Tadbiran yang sempurna menambahkan pujian suami terhadapnya dan hati suami akan dipenuhi kepuasan. Dia menyuburkan kebijaksanaan dalam fikiran anak-anaknya dan budi pekerti mereka adalah lahir dari contoh kehidupannya. Setiap patah kata-katanya menjadi arahan yang penting dan pergerakan bola matanya melahirkan taat dan kasih anak-anaknya.

GEMBIRALAH LELAKI YANG MENJADIKANNYA ISTERI DAN GEMBIRALAH ANAK-ANAK YANG MEMANGGILNYA IBU.

Oleh: AHMAD SAID BIN ARIFIN

Monday 23 February 2009

PeDoMaN BuAtMu...WaNiTa

Pedoman Buat Wanita...terutamanya yang bergelar isteri mahupun yang bakal bergelar isteri...sama2 kite ambil manfaat dari pedoman2 yang tertera dibawah ini...insyaAllah


Ilmu manusia itu tidaklah mampu meneroka perkara-perkara yang ghaib tersembunyi dalam jiwa manusia itu sendiri. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui hakikat diri seorang lelaki dan juga hakikat diri manusia ciptaanNya. Berikut adalah pedoman-pedoman buat kaum wanita yang terutamanya telah bersuami, iaitu bagaimanakah menambat hati lelaki untuk kebahagiaan rumahtangga....

21 PEDOMAN BUAT WANITA

1) Terima Lelaki agar Dia Menerima Anda.

Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain dari 'Terimalah lelaki sebagai sediakala". Terima dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda mengetahui ialah mengenai lelaki, bukan mengubah lelaki. Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih anda atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan yang lain, yang mungkin tidak anda sukai, dan tidak menyukai anda.

2) Fahamilah Lelaki Agar Dia Memahami Anda.

Cuba memahami perangai sedia ada pada seorang lelaki dan menyesuaikan perangai itu dengan diri anda, adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.

3) Berubah Untuk Menikmati Perubahan.

Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian. Kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.

4) Sanggup Memberi Untuk Menerima.

Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak dari yang anda sanggup terima dari seorang lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak dari yang sanggup anda beri.

5) Percaya Untuk Dipercayai.

Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, janganlah anda harapkan lelaki itu percaya kepada anda. Hidup ini meminta pada yang ada, merajuk pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara mudah, bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda bukanlah payah. Apabila dia sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.

6) Menangkan Lelaki Untuk Menang.

Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki., kerana dalam kehidupan suami isteri, sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami, kedua kuasa isteri. Kuasa suami adalah memulakan dan meyuarakan. Kuasa isteri adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, maka rumahtangga akan menjadi porak-peranda. dari itu rujuklah kepada agama untuk menghalusi apakah yang boleh dilakukan dan apakah yang dilarang.

7) Sifat Negatif Membuahkan Kesan Negatif.

Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap suaminya. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah-rendahkan suaminya, membandingkan suaminya dengan lelaki lain, dan memaki hamun suaminya. Sekiranya anda bersifat sedemikian, walau bagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi sebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, selalu masam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan diri anda. Andalah yang patut berubah.

8) Bertanggungjawab Akan Menikmati Kesan Tanggungjawab.

Sebenarnya tanggungjawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini menjadi semakin maju. Begitulah juga tanggungjawab suami kepada isterinya. Selagi anda menjalankan tanggungjawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan olah agama, anda tidak perlu risau apa pun. Allah akan menempatkan anda dipihak yang benar, dan anda tidak akan rugi apa-apa.

9) Kritikan Akan Membuahkan Kritikan.

Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki itu defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirinya. Ia bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki., menjejaskan rasa kepentingan dirinya, dan menyebabkan dia rasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkritik anda pula.

10) Beri Lelaki Apa Yang Dia Mahu.

Dia akan melakukan apa sahaja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oleh manusia iaitu (1) Kehendak Seks dan (2) Kehendak untuk menjadi penting. Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagia dunia akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.

11) Tunjukkan Minat Tulen Terhadap Lelaki.

Dia akan menunjukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri atau mengenai kerjanya, ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia kepada anda.

12) Senyuman Itu Tanda Kasih Yang Tidak Perlu Dibayar.

Anda tidak perlu membayar apa-apa untuk senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan kepada anda itu, begitu jugalah nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyuman menyebabkan lelaki suka pada anda.

13) Panggillah Lelaki Dengan Panggilan Manja.

Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada yang lembut, begitulah pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.

14) Hormati Dia Sebagai Lelaki.

Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya dan bertolak-ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda. Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadikan diri lebih terhormat.

15)Dengarlah Dengan Baik.

Antara masalah besar dalam rumahtangga ialah apabila masing-masing suami isteri tidak mahu berbincang secara terbuka. Dengarlah dengan baik apa yang diperkatakan oleh lelaki, nescaya dia akan mendengar pula apa yang ingin anda katakan.

16) Bercakaplah Tentang Apa Yang Disukai Lelaki.

Lelaki tidak suka mendengar celoteh wanita, mengenai hal-hal remeh-temeh yang biasanya diceritakan oleh wanita kepada wanita. Lebih baik bercakap perkara yang menjadi kesukaannya dan berkaitan dengan minat anda untuk membantu kerjayanya atau membantu mempertingkatkan ekonomi rumahtangga.

17) Katakanlah Bahawa Dia Penting Dalam Hidup Anda.

Dia akan menganggap anda penting dalam hidupnya. Antara kesilapan wanita ialah suka merendah-rendahkan suaminya, atau menganggap bahawa sekiranya perceraian berlaku, ramai lelaki yang lebih baik seikapnya dan sifatnya yang sanggup menjadi suami. Mungkin begitu jugalah suami anda berfikir mengenai anda.

18) Jangan Katakan Penyesalan Mengahwininya.

Apabila anda menyatakan penyesalan mengahwini suami, suami anda akan menyesal mengahwini anda, walaupun dia tidak menyatakannya. Menyatakan penyesalan berkahwin menunjukkan pendeknya akal anda dan lemahnya anda dalam menghadapi dugaan hidup. Sepatutnya anda berusaha untuk merasa gembira mengahwini suami anda.

19) Elakkan Pergaduhan.

Ada wanita yang menunggu-nunggu saat suaminya menegurnya atau

menasihatkannya, kerana dia sudah sedia dengan peluru-peluru tohmah dan kejian serta airmatanya. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berkaitan rumahtangga, elakkan pergaduhan, dan janganlah anda pula yang memulakannya.

20) Jangan Menyalahkan, Minta Maaf Bila Bersalah.

Sekiranya anda sukar meminta maaf atas kesalahan anda, dan sebaliknya amat suka mencari kesalahan lelaki, dia akan menganggap bahawa anda adalah seorang yang keras kepala dan keras hati, sukar dibentuk. Lebih buruk lagi dia mungkin merasa bahawa dia telah gagal membentuk diri anda sebagai isterinya, dan mungkin bersebab dari itu, dia cuba mencari jalan keluar.

21) Hidup Bukan Hanya Di Dunia.

Banyak masalah timbul kerana manusia biasanya bertindak dengan akal yang sempit dan tindakannya berbentuk keduniaan. Kejayaan anda di akhirat adalah bergantung kepada betapa baiknya anda kepada suami anda dan betapa bereskah tanggungjawab anda terhadapnya.



sekian...wassalam..sirru 'ala barakatillah

Sunday 22 February 2009

KeNe TaG LaGi....

tag ni xlain xbukan dari .: Miss Farha :. memang xde orang lainlah yang suke sangat2 nak tag saya...baiklah memandangkan saya xde wat pape...saya jwb jugalah tag ni...



ok arahan yer ialah....


Remove 1 question from below and add in personel question, make it total of 20..

1. if u could spend RM1 in 5 minute,what would u spend on?
simpan jer...xyah nak belanja apa2...

2. what is most favourite thing to do?
baca buku...tgk resepi baru tapi buat lom tentu...sebab bahan2 xde...kumpul2 resepi jer...

3. what kinds of news u read?

apa2 ajer...semua boleh...dah nama pon news.mestilah nak tau semua..


4. what r u doing rite now?
tengah menaip jwpn bagi soklan yang apa2 jer ni...


5. is there someone in ur heart rite now?
ade2...mestilah suami tersayang fillah...



6. do u believe u can survive without money?
herm...xcaya jugak..sebab semua tu keperluan walaupun bersifat duniawi...tapi itu hakikat...cume penggunaannya tu kene betul...


7. do u know ur BMI??
erm..tak ingat...tapi mmg dpt rasa berapa...huk..huk..huk..

8. what do u feel doing rite now?
rasa cam nak cubit2 jer pipi miss farha tu...geram sgt...

9. if there's someone who u love, do u confess him/her?
tak..


10. list out 3 good points of the person who tagged u?
1- kawan...kenal dr zaman sekolah menengah lagi...
2- baik jugaklah budak yer...( pahha mu jgn nak kembang2 yer )...
3- xkedekut ilmu...

11. what is the thing that make u thing she is kind?
sebab dah kenal hati budi dialah....


12. what is the thing that make u think she is bad?
xde kot...


13. are u left-handed or right-handed?
tgn kanan...


14. if u had to eat something in rest of ur life, what would it be?
daging salai goreng berlada + sayur pucuk manis masak lemak....
- masakan ibu tersayang.


15. if u had to choice to be rich or happy, which would u choose?
hidup dlm kegembiraan biar pon miskin harta...tapi kaya dgn akhlak..kasih syg...etc. hati tenang...buat apapun rasa senang...

16. if u have a chance, which part of ur character u would like to change?
entahlah ekss...nnt jap tanya hubby...tp kite sentiasa berpeluang utk m'gubah diri kite...cume nak dgn xnak jer...

17. who is the people u can share ur problem wit?
my luvly husband, kakak2 saya ( kakak angkat boleh,kakak seibu sebapa boleh,kakak ipar pon boleh ) mak saya n mak mertua...herm tgk jugak mslhnya apa...tapi yang lebih baik dan yang terbaik....Allah Subhanahu wa taala...


18. makan or tdo??
dua2 penting utk kesihatan...tapi biarlah berpada...amalkan gaya hidup sht..hehe

19. what is the one thing u love about urself..
terima diri seadanya....

20. kalam terakhir dari kamu?
wassalam..hahaha


ok...saya dah jwb tag dr miss farha...hope puas ati yer...

sirru 'ala barakatillah


AdAb DeNgAn SuAmi...


Kehadiran suami di rumah merupakan rahmat kepada setiap isteri begitu juga sebaliknya. Hanya isteri- isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kehadiran suami suatu yang dibenci kerana dibebani pelbagai kerja dan tanggunggjawab yang membebankan. Di damping itu, isteri tidak boleh menganggap bahawa tugas sebagai seorang isteri adalah tugas sambilan yang boleh dibuat secara lewa bahkan hendaklah dilakukan sedaya upaya kerana ini merupakan pengikat hubungan suami isteri, kemesraan dan kemanisan cinta serta kasih sayang akan terus mengharum sepanjang masa.

Telah digariskan beberapa panduan atau adab-adab ketika seorang isteri berhadapan dengan suami yang tercinta di antaranya ialah:

1.Ketika suami bercakap, hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.

2.Bila suami marah, hendaklah mendiamkan diri, janganlah sesekali menjawab kerana akan berlaku pertelingkahan, bertekak dan menegakkan benang basah akan menambahkan lagi kemarahan suami, bahkan bersegeralah meminta maaf dan janganlah tunggu suami meminta maaf kepada kita.

3.Kekadang suami sengaja mengusik isterinya. Apabila dia menyakiti hati kita hendaklah banyakkan bersabar dan jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang tidak matang dan berperangai keanak-anakan.

4.Bila kuku, misai dan janggut panjang hendaklah segera dikemaskinikan. Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari Isnin, Khamis dan Jumaat, begitu juga rambutnya.

5.Jika dia berhajatkan sesuatu, hendaklah cepat bertindak dan janganlah melengah-lengahkan kerana akan menimbulkan kemarahan bahkan menyinggung perasaannya. Contoh jika dia meminta melilitkan serbannya janganlah buat acuh tidak acuh seolah-olah kita tidak menghormatinya.

6.Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukan mengikut selera kita.

7.Sentiasalah berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah untuk menyenangkan hatinya.

8.Air minuman suami hendaklah sentiasa disediakan. Jangan sampai suami meminta biarpun sekadar air kosong.

9.Hendaklah sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami dengan bersikap ramah tamah, menjadi contoh dan ikutan yang baik ketika bersama mereka.

Oleh itu, wajiblah para isteri menjaga adab-adab ketika berhadapan dengan suami. Jadilah isteri penenang dan penyeri rumah tangga. Wallahu'alam.

BuAt Mu...MuSLiMaH...


WAHAI MUSLIMAHKU

KETAHUILAH...BERSINARNYA NURUL ISLAM
YANG MENERANGI KEKELAMAN MALAM
MENJANJIKAN KETINGGIAN DARJAT

KEWANITAANMU
ENGKAU YANG DIIBARATKAN BUNGA YANG MEKAR
DI TAMAN LARANGAN ISLAM
KEHIJAUAAN DAUN-DAUNNYA IBARAT
KETENANGAN YANG KAU MILIKI
KEHARUMAN BUNGANYA IBARAT
KEINDAHAN BUDIMU
KEPUTIHAN KELOPAKNYA IBARAT
KEIKHLASAN DALAN PERJUANGAN

INGATLAH MUSLIMAHKU
ENGKAULAH SEINDAH PERHIASAN
NAMUN ENGKAU JUGA SEBURUK-BURUK
FITNAH DUNIA

HIASILAH PERIBADIMU
INDAHKAN PEKERTIMU
SEBAGAIMANA CONTOH MUSLIMAH SOLEHAH
KEHORMATAN TERJAGA
MARUAH MU SENTIASA TERBELA

SEMOGA KEIKHLASANMU
SEIKHLAS KHADIJAH
CERDIK MU SECERDIK AISYAH
KELEMBUTAN MU SELEMBUT FATIMAH
DAN CINTAMU SEHEBAT
CINTA RABBANI RABIATUL ADAWIAH

AYUH MUSLIMAHKU...

BANGUNLLAH
TERUSKAN LANGKAH MU
BUKALAH MATAMU
TINGGALKAN MIMPI-MIMPI INDAHMU
BERJUANGANLAH DEMI KETINGGIAN AD-DINMU
NESCAYA SINAR TERANG
MENANTI MU DI HADAPAN

Wednesday 18 February 2009

KeNa TaG..!!

Kali ni saya kena tag oleh kwn baeksaya zaman p'sekolahan dulu... .:MiSs FaRhA:. xpenah2 saya kena tag...ingatkan nak ngelakdoa...tapi kena jugak...saya cube yer cik farha syg. disebabkan cik farha n cik abg dia sama2 tag saya dgn tag yg sama...so here we go:

ARAHAN: ANDA DIKEHENDAKI MENSTORYKAN KESAH OR PERISTIWA YG KORANG RASA:-

1- PALING LUCU @ KELAKOR
2- PALING SEDIH
3- PALING BODOH
4- BIASA JERK

SETERUSNYA KORG DIKEHENDAKI MENYENARAIKAN 8 ORG YG KORANG NAK TAG KAN HEHE...

1-
PALING LUCU @ KELAKAR:

herm kelakar @ lucu yer
ketukmeje....jenuh tau nak memikirtension apa yg paling kelakar/lucu ni. xtau nak citer yg maner...ihikhik ceh2 mcm byk je gaya yer.

ok....Kisahnya masa saya masih belajar di Maahad... masa tu saya baru abis PREP...dalam perjalanan nak balik ke asrama...kebetulan hari hujan... saya jalan dengan kawan baik saya sambil borak2...sampai satu tempat tu saya tiba2 berhenti...kawan saya pelik...pastu dia kata " apsal ko tiba2 berhenti ni?'
saya terkedu memandang kearah satu tempat....saya senyap..xjawab soklan dia.dia tnya lagi...last2 saya tunjuk kearah tempat tersebut...pastu dia gelakkan saya " la ulat daun pon ko takut ! "
<

wei ulat daun tu berlambak2 kat tempat laluan jalan kaki tu....saya rela duduk tercegat kat situ dr meredah ulat2 tue...wah...kenot2takbole...saya geli!!! alamak cam ne ni...kiri kanan pokok bunga...dah sah2 ulat tu dr pokok bunga...korang bayangkan...ulat2 tu banyak sesangat...xde space kosong utk saya main lompat2...toiin..toin...toin... lagi pun saya xsanggup nak main lompat2 kat situ...sebab kawasan itu bersebelahan dengan surau utama dan asrama lelaki...oh...kenot2takbole...jatuh maruah...

pastu kawan saya tegur lagi " ni sampai pukul berapa kene dok tercegat kat sini nih...nak tayang diri ke apa ni...?" betul jugak...jap gi bebudak lelaki akan kuar dari surau tu..lagilah saya malu nak lalu. hei....cam ne ni... pastu kawan saya pon bagi cadangan yg terrrrrramatlah bernas dan saya waktu tu memang xpikir panjang sebab dlm hati ni...cume rasa : takut+nak cepat kuar dari tempat tu+malu+geli++++....bla..blaa.blaa.....

maka kawan saya pon suruhlah saya menutup mata...dan bayangkan perkara2 yang indah2 jer ( herm...dlm hati berkata "nak bayangkan apa klu dah set dlm otak awl2 depan tu ade ulat ") saya pon tutup jugaklah mata tu
sambil dipimpin oleh kwn saya merentasi ulat2 yg xberdosa tu...dengan kaki yang tertincit-tincit ( ala mcm org nari ballet tu )...tapi saya ni memang penggeli ulat...otak saya dah xmampu nak bayangkan perkara yang indah2...asyik2 terbayangkan ulat2 tadi jer...maka saya dengan slumber++xsengaja terlompat2 jugaklah akhir...toin...toin..toin...kawan saya berlari dapatkan saya..yelah takut terbabas masuk longkang..naya tu.... waktu saya lompat2 ( tapi mata saya terbukak sikitla++wajah berkerut) tu, saya terdengar bebudak lelaki's tgh gelakkan saya.... waaa...waa.....malu yer... tapi nak wat cam ne....sampai asrama muke saya pucat..

kawan saya jenuh ketawakan saya...sempat lagi dia cakap " apalah ko ni ulat tu xusik pon ko, tapi ko punye lompat2 tu mcmla ulat kejar ko "
hah...peduli apa saya...yang penting saya dah selamat sampai++geli...geli yang teramat...sampai sekarang kalau nampak ulat yg comey2 tu..konpom saya jerit...sian suami saya...mesti dia pening tgk saya
hahahaha...bile terkenang...kelakar pon ade..malu sendiri pon ade...dengan ulat pon takut...tapi nak wat mcm mana dah penggeli...

oklah...seterusnya



2- PALING SEDIH

Hah...yang ni saya xmo citer panjang2...cume yang saya boleh cakap sesuatu yang teramat2 sedih...dan berbekas dlm hati...telah menimpa saya pada tahun 2006...

saya kehilangan seorang ayah yang sgt2 baik...yang sgt2 saya sayang dan hormati... beliau telah pulang kerahmatullah...cume saya agak terkilan ( bukan saya shj tapi the whole family termasuk emak saya ) xdapat nak ngadap Arwah Ayah sewaktu beliau menghembuskan nafasnya yg terakhir...sedih sangat2... sebab waktu tu arwah ayah kat masjid...kata pakcik2 kat situ lepas solat isyak tgk arwah ayah dah terbaring.....

oklah...xnak teruskan lagi...dah nak nangis ni... al-fatihah utk arwah ayah....

ok seterusnya...

3- PALING BODOH

herm...saya xpenah2 mengigau...tetiba satu hari saya mengigau...entah apa2...malu pon ade...tapi waktu tu saya keletihan sgt...entah apa2 jerk saya cakap...@#$x%$^&

4- BIASA JERK

hah..yang ni senang...sekarang saya tgh memikir++menaip jawapan bagi tag yang Miss farha ni beri...hah
kan tu biase jerk...kelakar pon x,sedih pon x, bodoh pon x....semua org akan buat perkara yang sama...xkan korang main taip jekan...


ok miss farha sayang dah siap pon. huh
penatlega saya..xde utang pape...masa menaip ni pon xsabar2 nak siap cepat...

ok yang lagi buat saya xsabar2 ialah...arahan yang terakhir...huhu..DIKEHENDAKI MENYENARAIKAN 8 ORG YG KORANG NAK TAG KAN HEHE... disebabkan saya ni baik sikit...senyumkenyit jadik 5 org sudahlah...

penerima2 amanah tersebut ialah..jeng..jeng..jeng..:

1- Miss Farha
2- Adik Daus coret
3- Kak Yanmie
4- Sifu Mirza
5- cik mimie

cop2..nak tambah lagi satu bleh? herm...hah.. nak tambah KAK SUZI...

oklah...jawab jgn xjawab...

ok semua hope puas ati dgn kisah benar dari saya... yang baik datang dari Allah...yang buruk dari kelemahan dan kekurangan diri ini...salah silap harap maafkan.
salam ukhuwah dari saya....